Sunday, 14 September 2014

Tragedi Cintaku ''14.09.2014''

Pada pukul 10.18 malam hubungan aku dan dia telahpun tamat buat sekian kalinya . Sakit yang aku rasa tak terhingga rasanya , ini saja cara untuk aku merubah dan mengatur hidupku menjadi lebih teratur . Sesungguhnya hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu apa yang aku rasakan ketika ni, dugaan yang sangat berat bagiku , tapi apalagi yang mampu aku lakukan selain redha dan usaha untuk melupakan semua kenangan kami. Ya Allah entah kenapa perit ini terasa pahit , terasa sungguh berat untuk diriku terima , sesungguhnya aku benar-benar tak kuat ... Bagaikan separuh hatiku telahpun mati kerana kehilangan dirinya. Percayalah perpisahan ini aku buat kerana aku mahu bertemu dengan dirinya di syurga . Aku mahu dia menjadi lebih baik dan kejalan yang benar , aku benar-benar tidak mahu mendengar jeritannya di neraka kerana kesilapan yang segaja kami biarkan , biarlah aku yang memulakan langkah untuk kebaikan kita berdua , kerana aku tahu yang diriku masih tidak betul , masih tidak mampu berubah kejalan kebaikan , aku tidak mahu berterusan melakukan dosa yang aku sedari yang ianya benar-benar haram. Aku tidak mahu abdikan diriku dengan nafsu duniawi , hanya doa akan kebahagiaan mu mampu ku buat , maafkan aku sayang , aku tidak mahu dosa kita berdua bertambah , aku pasti yang kau akan bertemu dengan gadis yang lebih baik berbanding diriku , perpisahan ni berlaku bukan kerelaan hati tapi kerana aku memikirkan yang kita berdua mempunyai agama iaitu ISLAM . Aku pasti perpisahan ini pasti membawa bahagia , aku buat semua ni kerana aku tahu yang aku tidak mampu membahagiakan mu dengan mengikut segala kehendak mu
dan perpisahan ini kerana aku terlalu sayangkan dirimu dan aku tahu aku tak mampu mengubah dirimu menjadi lebih baik , kerana aku merupakan orang yang masih jahil akan agama ISLAM aku sendir , banyak lagi perkara yang aku perlu cari iaitu ISLAM. Ya Allah aku mampu berserah dan redha akan segala ketentuanMu Ya Allah... Mungkin suatu hari nanti sakit ini akan hilang , siapa tahu ... Aku mahu sambung belajar , dan aku tahu kesan perpisahan ini terhadap diriku suatu hari nanti .... Tapi aku pasti yang kali ni jalan yang ku pilih betul selagi aku perpegang teguh terhadap agama ku... Berat rasanya hati ini , tapi apapun aku perlu tabah kerana ini adalah keputusan aku sendiri ... Biarpun dia kata benci pada aku , aku redha tapi ini semua untuk kebaikan kita bersama , Allah lebih penting dalam hidup aku , kerana Allah yang mencipta aku , aku pasti Dia telah pun susun sebuah jalan cerita hidup aku yang lebih baik ... inilah erti sebenar sebuah peribahasa ''bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian''... Ada hikmah setiap apa yang kita buat ..

No comments:

Post a Comment