Selamat datang ke Blogger saya yang ala ala Blogger gila . Okay :) Dekat blogger saya tiada sebarang unsur negatif melainkan hanya yang positif , so kepada anda-anda yang datang melihat atau terbuka blogger ni , mohon senyum walaupun tiada apa yang mengembirakan ... haha xoxo AhJu
Sunday, 25 May 2014
Di saat ini.
Aku masih tak boleh tidur , jam sudah menunjukkan 3:17 pagi. Aku masih merasa yang aku tak pernah usaha untuk berjaya , terfikir seketika adakah aku masih tak memahami apa yang aku pelajari atau aku tidak pandai seperti orang lain , manusia dilahirkan dengan berbeza-beza kelebihan , tapi apakah kelebihan aku? hm, macam mana aku nak buat ni... Dah nak masuk bulan 6 dah ni , tapi result aku masih teruk , macam mana aku nak buat , aku nak dapat result yang baik ... Aku nak jugak rasa gembira bila dapat result yang cemerlang , aku tak pasti hidup aku macam mana nanti. Apa yang harus aku buat sekarang ni? Adakah kalau aku buat banyak latihan aku akan dapat result yang baik dalam percubaan nanti? insyaallah. . Tiada alasan untuk berjayakan. Aku harap dalam masa 4 bulan ni kalau aku rajin lebih sikit pun bagus juga, harap-harap dapat membuahkan hasil, Ya allah mampu ke aku berjaya macam orang lain , aku tak lah pandai mana pun tapi aku tetap akan berusaha . Amin. Harap-harap aku mampu lakukannya dalam percubaan nanti , aku pasti mampu buat , aku hanya mampu redha apabila di dalam dewan peperiksaan nanti , aku harap aku dapat jawab dengan baik , aku teringin untuk membuat ibu dan ayah gembira , aku teringin benar , aku ingin melihat airmata gembira ibu buat ku , aku ingin melihat ayah gembira dan tersenyum lebar apabila result aku dapat straight A, aku ingin melihat adik beradik lain tahu yang aku mampu lakukannya walaupun aku bermasalah , aku nak mereka tahu yang hasil titik peluh mereka mampu menghasilkan anak yang berjaya, aku mahu mereka bangga kerana mempunyai anak yang mampu membuat mereka gembira, tapi mampu ke aku? Aku tidak seperti orang lain , hanya satu perkara sahaja yang mampu aku buat sepanjang aku belajar ini , sembahyang 5 waktu , itu adalah tiang agama aku , dan dengan tiang agama itu lah aku mungkin mendapat keberkatan dalam menimba ilmu di dunia dan akhirat ini , Aku bukan ingin menunjuk cuma ingin dan amat teringin untuk melihat ibu dan ayah gembira , aku sedar yang aku pasti mampu buat walau macam mana sekali pun , hanya berkat doa seorang ibu sahaja mampu membuat seorang anak itu berjaya , aku tidak mahu jadi orang yang angkuh , sombong , bongkak , tetapi aku ingin jadi orang yang dihormati dan hormat menghormati , tidak menjadi orang yang bersifat nafsi , dan menjadi orang yang berfikiran matang dan berbudi bahasa. Amin. Ya Allah permudahkanlah urusan ku dalam menimba ilmu , berikanlah keberkatan Mu pada ku , ketika hamba mu ini sedang menimba ilmu , kuatkanlah keimanan ku dalam menjauhi maksiat dan perkara yang seangkatan denganya. Amin .... Okaylah , nak study , jom study bersama-sama .... NRZW mampu berjaya! NRZW dapat keputusan cemerlang! NRZW dapat straight A!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment