Verse 1
Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
verse 2
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
chorus
ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
#ini adalah lagu yang sesuai untuk semua orang sebab ianya berkaitan dengan ibu/mama/umi/bonda/mak dan seangkatan dengannya . Lirik ni sangat menyentuh perasaan setiap baris lirik (AB) juga berkaitan dengan kehidupan harian , dan lagu ni sangat bagus kerana anak-II akan lebih menghargai dan anak-II akan ingat betapa susahnya seorang ibu mendidik, dan membela seorang anak , so korang hargailah ibu dan ayah yang telah besarkan korang , hargai mereka yang masih hidup , dan bagi mereka yang ibubapa telah lama pergi sedekahkanlah bacaan yasin atau al-fatihah , jadilah anak yang solehah/soleh, anak yang sentiasa menghargai pergorbanan ibubapa .... Ibubapa adalah ciptaan yang terbaik untuk kita selain pasangan kita atau anak-II kita (yang dah kahwin) , Ya allah tempatkanlah ibubapa ku dikalangan orang yang beriman Ya Allah sesungguhnya Engkau maha adil dan maha besar Ya Allah . aminn ... ILOVEALLAH AND ILOVEMYPARENT . :)
No comments:
Post a Comment