Thursday, 21 November 2013

Encik Mimpi Jejaka Misteri

KESEDIHAN TAK MAMPU DIUNGKAP luah (EM)



Dear EM selamat malam yea. Harap-II awak mimpi indah . Tapi sebelum tu kan awak kita nak story
yang kita hari ni rasa sedih , sakit , macam-II lah . hurm tak mampu untuk berkata lagi . Tapi takpe kita
tak nak sedih-II , sebab kita kena tabah walau dalam apa jua keadaan pun . . kan? awak tahu hari ni kan
kita macam biasa lah buat kerja rumah , tolong mama masak , masa mama keluar rumah dengan kak long
kan kita tengah goreng ikan taw . . awak tahu tak ? tetiba lagu awak keluar dekat radio , haish macam nak
nangis awak tahu tak maklum lah , kita tengah sedih 'time' tu so terlebih feeling . Awak tahu tak kita gaduh
dengan kak long kita , kita gurau jer. . Dia amik serius pulak entah lah, apa yang dia fikir , sebelum ni okay
je kalau gurau kasar-II pun kitaorang tetap baik semula tapi hari ni lain pulak jadi. . Macam nak nangis bila
dia tak layan kita awak (EM).

Dear EM awak tahu tak hari ni baru kita sedar yang kita sedih selama ni , macam kelakarkan , rupa-II nya
selama hari ni penyebab saya gagal dalam ujian dalam apa jua lah , adalah sebab kesedihan yang saya alami,
awak tahu , bila dengar suara awak , lagu awak , macam-II perasaan saya keluar , dan saat tu saya sedar ,
yang saya perlukan seseorang yang lebih memahami , tapi saya rasa tak mungkin ada orang nak dengar ,
luahan hati saya , . Awak(EM) entah kenapa hari ni terasa sakit sangat , haish nasib nasib . Bilalah saya dapat lari dari semua ni .. kan? . Selama hari saya sedar yang selama ni saya hanya mampu nangis dalam hati
tapi tak seoarang pun tahu , memang lah hati saya bukan hati diaorang. . Apa perasaan EM bila terasa sakit
pada hati EM hanya kerana masalah keluarga , .? Macam pelik tapi memang  kenyataannya macam tu , kita
tak mampu nak kata apa , kita hanya mampu doa supaya dapat keluar daripada semua masalah ni , bukan
tak suka cuma terasa amat perit bila terkena. .Dan EM perlu tahu something , kenapa kita suka sangat EM
sebab lagu EM curi hati kita , suara EM ragut perasaan kita , . . tapi kita sedar yang kita hanyalah peminat
sahaja , tak lebih dari tu . .

Dear EM malam ni terasa sunyi sangat . kan? sebab semua tidur memang lah sunyi kan .. haha pelik pelik je
kita ni kan . Buat malu jer .. Pukul 7.00pm tadi kita tengok PLAYBOY ITU SUAMIKU taw , so sweet tapi
sedih kan .. Kesian Afina Aulia , jahat betul si King of PlayBoy tu. . EM nak tahu tak , ketika kita tulis pasal
awak sekarang ni , kita dengar lagu awak Rindukanlah ulang ulang ulang ulang dan ulang lah , amik feel untuk
tulis , apa apa pun kita tetap sokong EM ,! Chayokk Encik Mimpi! awak mesti boleh berjaya tiada apa yang
boleh halang awak !!! haha , macam penyokong setia kan tapi memang pun ,(^_^). saya yakin awak mampu
. EM awak rasakan salah ke saya ni jika tak suka lelaki sangat maksud saya , saya fobia dengan lelaki, hurm
saya tak tahu lah kenapa tapi hati saya betul-II sakit bila si lelaki tak boleh faham saya , lagipun saya taksuke
lelaki yang 24JAM nak kena text dia, call dia .Tak macam bosan pulak kalau setiap hari macam tu.EM
kenapa saya rasa semua ni tak adil, saya tak bermaksud mempertikaikan, cuma tertanya tanya kenapa
semua ni terjadi pada saya , hati saya tak setabah wanita wanita lain, hurm . . .

Dear EM salah ke kalau buat Fake Smile demi nak jaga hati family ? EM mesti pelikkan, 'asallah perempuan
ni update pasal family dia kat aku' .. kita saja jer , bukan apa kita cuma nak luahkan , saya harap EM tak
salah faham yea .. Kita cuma sunyi  so kita anggap EM macam kawan kita walaupun kita tahu EM takkan tahu tentang ni kan... Kita cuma nak luahkan apa yang kita rasa , kita mana ada kawan sangat , kawan -II
kita semua pandai-II dan kita pulak bukan pandai pun, biasa jer .. rasa tak layak pulak nak kawan dengan
diaorang , tapi pada masa yang sama kita pun tak layak kawan dengan EM . Betulkan apa yang saya cakap?
Nobody perfect in this world ! semua orang lupa yang sebenarnya ada orang yang lebih susah dari dari kita
tanpa kita sedar , dan jadilah diri kamu sebenar-benarnya tanpa malu tetapi perbaiki kelemahan diri secara
perlahan-lahan . . haha kita ni pandai nasihat orang tapi kita pun tak betul tapi tak salahkan? .Nasihat -
menasihati adalah amalan mulia..betul kan?!

Dear EM okaylah dah lewat ni , lain kali kalau kita free kita update pasal awak yea sayang .. haha over
sorang-II haha . dan juga SS(Syok Sendiri).. malu pulak tetiba ...selamat malam yea My EncikMimpi.
walau apa pun jadi kita mesti kuat dan tabah ... jangan sedih kerana perkara tak penting! bye bye EM
hurm .. rindu pulak sama kau EM . macam sengal jerr den ni.. haha okaylah ASSALAMUALAIKUM.

Tuesday, 19 November 2013

Encik Mimpi

SEMUA TENTANG ENCIK MIMPI

Dear EM kita rasa seronok dan happy sangat sebab kita masih mampu bernafas dan masih mampu
tulis tentang awak kat blogger ni . Saya harap awak dapat tengok blogger saya walaupun tak hebat
macam blogger blogger yang lain cuma saya nak awak tahu semua yang saya tulis tentang awak
adalah sebab saya betul-betul minat awak . Dan saya harap awak tak marahlah yee.. Hebatkan
awak dapat belajar dekat luar negara . Saya harap saya pun dapat belajar dekat luar negara macam
awak .. Awak nak tahu tak masa saya tengah tulis blog ni saya bukak lagu awak taw yang (Ingatkah
kamu) . Saya tak rasa bosan pun dengar lagu awak malah saya ulang ulang ulang ulang dan ulang
lagu awak .Ni semua sebab saya suka suara awak .Awak nak tahu tak semua laman sosial saya semua
tentang awak taw . Awak jangan marah yee , saya bukan nak glamor tapi terlalu fanatik tentang awak,
awak misteri sangat . saya suka , saya harap suatu hari nanti dapat jumpa awak depan depan sebab,
saya nak tatap mata awak .

Dear EM walaupun awak tak kenal saya dan saya tak kenal awak tapi saya rasa cukup kenal awak
hanya melalui lagu lagu awak ,dan lirik awak. Saya paham awak takkan pandang blogger buruk ni .
kalaulah awak kawan sayakan bagus , mesti seronok, yela awakkan penyanyi misteri . haha pelikkan
saya ni macam SS(syok sendiri) .Tapi saya tak kisah sebab saya tahu dan saya sedar siapa saya ni,
saya hanya orang biasa yang takde apa-apa pun . Saya bukan pandai pun , dan takde apapun nak
dibanggakan . . haha . mesti ramai fikir saya ni macam 'bodoh je' sebab tulis dalam blogger macam ni.
Tapi saya tak kisah janji saya dapat luahkan apa yang terpendam dalam hati . EM nak tahu tak kita
ada buat twitter taw , semua post kita , hanya tentang EM . kita rasa sunyi , kita bukan ramai kawan
lagipun kita tak pernah rasa yakin dengan diri kita sendiri. Kita selalu rasa kita ni bodoh , tak pandai
dan tak layak kawan dengan budak sains lagi. kita dapat nombor last dalam kelas , kita kecewa
sangat tapi bila dengar lagu EM kita terus okay walaupun tak sepenuhnya.

Dear EM kita macam langit dan bumikan .Hidup kita sunyi sebenarnya dan sakit . Kita harap kita akn
bahagia suatu hari nanti, tapi mungkinkah itu akan berlaku.? kita selalu jugak bukak blogger EM taw
. hehe The Tidur's Blog . Awesome betul nama blogger . haha .. awak tahu tak bila kita bosankan ni
lah kerja kita . update pasal awak . Dan saya tak pernah menyesal dengan apa yang saya buat , jujur
saya cakap , saya suka latar belakang awak , boleh di buat contoh, how sweet... haha okaylah awak
kalau saya ada masa saya update lagi tentang awak , yang saya suka . saya harap awak sihat , dan tak
lupa diri yee. haha cara tulis blog macam dah lama kenal padahal peminat je. tapi tak salahkan , dan
selamat malam ye EncikMimpi The Tidur's Blog . haha . assalamualaikum .

Friday, 15 November 2013

Encik Mimpi...

Dear encik mimpi...Hurm hanya mampu bermimpi untuk berjumpa dengan Encik Mimpi..
Minat sangat dengan Encik Mimpi walaupun belum pernah bersua muka . As a fan, of
course lah nak jumpa dengan Encik Mimpi tapi nak buat macam mana 'hanya mampu
dengar lagu EM jelah' . Sedih betul hidup macam ni, Btw setiap kali cerita 'PLAYBOY
ITU SUAMIKU' aku orang pertama terpacak depan tv dan takkan berganjak walau
sedepa pun .. Haha. macam lawak tapi sebenarnya tak lawak okay . kenyataan . haha
pelik tapi benar . sanggup tunggu walaupun tengah iklan . . 

Bila difikirkan balik macam minat gila dengan cerita tu tapi sebenarnya minat lagu EM
je . haha . lagu tu mampu buat airmata aku mengalir walaupun setitis . Hebat betulkan
penangan lagu RINDUKANLAH by Encik Mimpi tu.. Tak semua orang dapat rasa
lagu tu dengan baik . Dan takde yang mustahil ,ramai yang cakap lagu ni tak sedaplah,
peliklah, macam-macam lah... Pernah juga niat dihati tu kalau dapat jumpa Encik Mimpi
nak minta no telefon . haha tapi semua tu hanya mimpi jela.. Walaupun EM tu masih
lagi student tapi yang hebatnya tentang dia ialah dia masih ada masa untuk menyanyi
dan upload di youtube untuk peminat dia. Awesome okay! tak semua orang mampu
lakukan kalau tak kuat iman dan takwa. 

Bagaikan sebuah mimpi , dan aku tak pernah sangka yang aku akan jadi segila ini sebab
penangan lagu EM tu .perhh .. aku sampai sekarang tak pernah bosan dengan lagu EM
Walaupun setiap minit, saat, jam dan setiap masa aku tak pernah bosan dengan suara dia,
kalau aku mampu meluahkan rasa dihati, nak sangat bersua muka dengan dia walaupun 
seminit . Tapikan agak-II kawan-kawan EM tu tahu ke dia tu EM . yelah diakan pakai
topeng . macam atomen. hehe . jangan marah.tapi betu apa agak-II kawan dia tahu ke
tak ek? masih menjadi persoalan . untung siapa yang berkawan dengan EM tu .Memang
misteri lah dia tu, tapi sebab dia ni misterilah aku makin suka, aummm! . haha gatal sekejap.

EM tu orang nya macam mana agaknya ye. Hurm . tadi ada search nama Encik Mimpi
dan terjumpa blogger dia.. Yang menariknya bahasa yang digunakan 'Wa' itu panggilan
bagi diri dia . Macam gangster lah pulak EM ni . Agak-II umur EM berapa ye..?mesti
dalam likungan 20 an ..Kata student takkan 30 an kot. Agak-agak lah ... Btw EM ni
banyak kelebihan macam melukis kartun . tengok video lagu EM rindukanlah tu , ada
gambar kartun . hebat jugak Si EM ni melukis . tak sangka walaupun minat bermain
gitar dan suka menyanyi dia masih minat melukis .. Wow .. comel pulak tu gambar kartun
yang di lukis. haha.. lebih sejuta orang yang minat EM . jeles pulak kita . kita pun minatlah
EM tapi kita takde lah macam oran lain semua tentang EM follow. Jeles okay . nak buat
macam mana kita bukan selalu online. tapi kita tetap minat EM . harap-II dapat jumpa EM.