Sunday, 29 December 2013

icona pop lyric ''girlfriend''



Na na na, na na na

All I need in this life of sin is me and my girlfriend
Down to ride till the happy end, is me and my girlfriend

Where would you be, be without me
We'll never find out
What would I do, do without you
We'll never know now

Talking bout the lights, the dirt, the sh-t, that hurts
We're not gonna turn around
We're doing this for good, for worse
The gift, the curse, we're not gonna back down

All I need in this life of sin is me and my girlfriend
Down to ride till the happy end, is me and my girlfriend
All I need in this life of sin is me and my girlfriend
Down to ride till the happy end, is me and my girlfriend

I wanna feel the sun, the waves, the wind in my face
The speed, the chase, na na na
I wanna feel the sun, the waves, just wanna cross the states, making up as we go
That's how's gon' be, young wild and free
Not gonna slow down
Up to the max, until we crush, we're not gonna stop now

All I need in this life of sin is me and my girlfriend
Down to ride till the happy end, is me and my girlfriend

Na na na, na na na
Na na na, na na na

All I need in this life of sin is me and my girlfriend
Down to ride till the happy end, is me and my girlfriend

UNTUK ENCIK MIMPI(EM)

Bila aku terdengar suara dia di radio,
aku mula tertanya-tanya siapa penyanyi lelaki itu,
suaranya cukup merdu ,
mampu membuat setiap gadis mengilainya,
aku masih mencari identitinya,
hingga hari ini masih belum aku temui,

mencari di google tentang dia tanpa rasa jemu
aku masih mencari dan terus mencarinya
dan aku menjumpai sedikit sebanyak tentang dia
dan hati aku mula suka tentang dirinya
tanpa aku sedar aku sangat minat tentang dirinya

hari-hariku takkan sunyi bila aku mendengar suaranya
hatiku bagai terpaut padanya
setiap hari aku terus mencari tentang identitinya
dan sentiasa ikut perkembangannya
dan aku gembira dia semakin maju...

dari instagram , blogger, twitter , facebook pages
aku follow dan aku melihat dirinya semakin maju,
wajahnya sudah dapat aku gambarkan ,
menunggu dan terus menunggu tentang dia.

harap kemajuan dan perkembangannya akan sentiasa baik
tabahkan hati disetiap dugaan yang diberi
mengharap dia tidak lupa diri

YangIkhlas
ciknovel

Cik Novel

Dear Blogger ...
Mengharapkan cerita hidup kita serupa seperti didalam novel itu sememangnya mustahil, dan disaat itu baru kita sedar yang sebenarnya Tuhan yang menentukan , kita hanya mampu merancang , mengharapkan siang menjelma dengan pantas itu tidak mungkin terjadi kerana Tuhan yang menentukan . Di waktu malam kita ditemani oleh sang bintang dan sang bulan , ciptaan Tuhan sememangnya indah , dan kita perlu menghargai kerana ciptaan Tuhan tiada tandingannya, disini (bumi) kita berpijak dan mencari sesuap nasi bagi meneruskan hidup mencari ilmu dan memperbanyakkan ibadat , benar manusia kini leka akan kemodenan dan kemajuan negara , sedarkah kita yang sebenarnya  ajal makin menghampiri jika manusia tidak berubah kearah kebaikan , jangan merosakkan diri hanya kerana dunia semakin maju dan disebalik kemajuan bumi kita semakin uzur , dan semua umat islam tahu tentangnya , bumi akan hilang manusia akan menghadap illahi , sejahat mana pun manusia pasti kesyurga , tapi tidak semua kerana manusia kini makin alpha tentang agama, belajarlah dari kesilapan diri , sayang seribu kali sayang kalau kita masih tak sedar , tak semesti kita harus berubah sepenuhnya walaupun itu lebih baik , berubahlah sedikit demi sedikit dan agar hati kita ikhlas untuk segala perubahan , manusia tahu tentang agama tapi agama dianggap remeh dan sangat bertentangan dengan cara hidup masa kini , ya kita semua tahu yang ajal kita bukan kita yang menentukan , mengharap hari esok lebih baik . percaya atau tidak si penulis blogger ini hanyalah budak belasan tahun , tidak malukah kamu semua , berubah kearah kebaikan akan di balas di akhirat , pahala yang diberi berganda ...

YangIkhlas
ciknovel

Sunday, 8 December 2013

LIRIK LIRIK LAGU DIMINATI

Lirik Lagu Doaku Untukmu Sayang – Wali Band
Kau mau apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang
Chorus
Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti
Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia
Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti
(Tuhan tolong aku, juga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)
Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
tuk satukan kami di syurga nanti
 Lirik Lagu Rindukanlah – Encik Mimpi

Ku Benar-Benar Sayang 
Pada Dirimu Oh Kasihku 
Janganlah Engkau Ragu 
Pada Diriku

Dan Ku Berkelana Mencari 
Harapan Yang Kita Impikan.. 
Dari Terbitnya Sang Suria... 
Hingga Tenggelam..

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu 
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu 
Oh Janganlah Engkau Bersedih 
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu

Rindu-rindukanlah Diriku 
Sepanjang Hari-Harimu 
Sayangku 
Ku Adalah Milikmu 
Sayangku Adalah 
Milikmu Yang Kau Rindu..

Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu 
Di Dalam Nafasmu 
Sepanjang Hari-harimu..

Lirik Lagu Jangan Pergi - LOKA

Sentuhan malam
Mengimbas kembali
Setiap kali
Kau muncul di hati

* Takkan lah aku
Pasrah di kalbu
Menahan kegelisahan

** Jangan pergi
Pergi jauh
Jauh dariku
Kalau umur masih panjang
Jangan kau pergi
Jangan

Suntuknya waktu
Mengetuk diriku
Menahannya semua
Baru aku sedar

* & **

Jangan pergi
Pergi jauh
Jauh dariku
Kalau umur masih panjang
Jangan kau pergi

**
Lirik Lagu/ Lyrics: Kau Pergi Jua - iamNEETA feat. Najwa Latif
[Neeta]
Kau pergi jua...
Dari hidup ku..
Kini sendiri...
Di hari-hariku..

Pulang ke dakapanku..
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa menyatukan masa kita berdua...

[Najwa Latif]
Kau pergi jua...
Dari hidup ku...
Kini sendiri...
Di hari-hariku..

Pulang ke dakapanku..
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa melenyapkan segala sunyi di sini

[Neeta & Najwa Latif]
Pulang ke dakapanku..
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa menyatukan masa kita berdua

Pulang ke dakapanku..
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa melenyapkan segala sunyi di sini

Kau pergi jua..
Kau pergi jua..
Kini sendiri di hari-hariku..
Kini sendiri di hari-hariku.....

GAMBAR BERKAITAN ENCIK MIMPI

milik siapakah gitar ini? mungkinkah EM punya .. jeng jeng jeng~~
(^_^) sayasuka sayasuka .
                                 




hasil atau karya yang ENCIK MIMPI hasilkan . amazing right!
sangat comel kartun dia.. 

gambar ENCIKMIMPI recording di indonesia...
awww~~ handsome sangat walaupun pakai topeng..
hasil karya EM .. so sweet sour power atomen power rangers.
haha takde kaitan langsung..


EM kata ni gambar pertama dia .. wow! mengacam seyh bibir .
sabar-sabar ... kuatkan iman ..

INI SAHAJALAH PAPARAN GAMBAR BERKAITAN ENCIK MIMPI.
sekian terima kasih .

Wednesday, 4 December 2013

Rindu Nak Update Tentang ENCIK MIMPI(EM)

Dear EM  sorry dah lama tak update pasal awak , haha ... ''macam tak penting jerr'' .. saya paham dan saya
tahu saya hanya ''peminat'' EM but it okay , apa-apa pun saya nak cakap something , hal ni memang penting!
pasal cerita Playboy Itu Suami Ku , hurm kesian kat afina apela si king tu , tak patut betul buat afina macam
tu ! teruk betul! grrrr ... marah ni (-_-)!@#$%^& .... Ehhh terfeeling lebih pulak . . EM awak tahu tak masa
hari jumaat tu kitaorang satu family pergi selangor sebab abang saya tunang and perkara yang paling best gila
adalah naik BUKIT FRASER HILL ! perhh memang muntah-muntah ibu dengan nenek , mana tak nya jalan
dia memang boleh buat orang pengsan ... Tapi kita okay jerr , because tempat tu Awesome Gila! dan paling
seronok pokok-pokok dia dan udara yang sangat segar , memang tenang fikiran kita , Kuasa ALLAH
memang tiada tandingan dan yang paling cantik masa naik bukit Fraser tu kita akan jumpa Empangan yang
sangat cantik air dia pun cantik sangat , rugi sangat kalau tak tengok , haishh susah nak cakap sebab terlalu
cantik sangat ciptaan Allah s.w.t.

Dear EM maaf dah lama tak update pasal awak , tapi saya tahu awak bukan tengok pun blogger saya ni, it okay to me, sekurang-kurangnya rasa kelegaan dihati tu jadi lebih baik , dapat luahankan perasaan kat blogger ni pun dah cukup baik , sometimes orang perlukan masa dan ruang untuk dirinya , dan kadang-II manusia selalu lupa yang mereka banyak kesilapan yang mereka lakukan tanpa mereka sedari , like my sister, semua tahu ayah panas baran dan ayah juga kadang-II buat kitaorang sakit , tapi tak sepatutnya menjadikan ibu orang tengah dalam setiap pertelingkahan kami adik beradik dengan ayah , why? why?
bertanya dan terus bertanya pada diri sendiri , kenapa semua ni berlaku ? aku tak pernah rasa kegembiraan yang aku sendiri pasti akan kekal selamanya, tapi semua tu hanya mimpi sahaja, sakit rasanya tak dapat gembirakan, puaskan hati ibu bapa kita , i'm begging with you sister , please don't make our father like that, apapun jadi dia ayah kita. . you already know about that right sis? . i hate myself , cuz i can't stop that situation, tahu tak apa aku rasa? aku rasa aku adalah anak paling TERUK! .

Dear EM bukan segaja nak guna nama awak dalam blogger ni, untuk kepentingan saya tapi saya cuma peminat awak sahaja , tak lebih dari itu pun kan? .. maaf sebab ter'over' pasal keluarga pulak .. Dah tertulis , maaf tak segaja , tapi takkan nak padam kot .. haha . kira halal lah tentang tu .. Meow~~ (buat mata comel)
haha.... saya tak pernah terlepas episod Playboy Itu Suamiku sebab seronok dengar lagu EM , menusuk dihati , dikalbu , dijiwa, dimana-mana sajalah ..Seronok dapat mengenali EM (My Crush) wa caya sama lu babe! i'm gonna miss you EM .. inilah nasib peminat EM (menyanyi). okaylah EM saya nak bagitahu ni walaupun saya tak kenal awak, tak pernah jumpa awak , tak pernah tatap mata awak , tapi saya pernah menjiwai nyanyian awak , dan suara awak sungguh membuat saya jatuh tangga (walaupun kat rumah takde tangga) . haha .. Dear Crush ku yang ku kagumi dan ku minati , pecah cermin mata , bising kelas , sudah baca, harap reply . (pantun budak biol tong ting tang tung) #Assalamualaikum

Thursday, 21 November 2013

Encik Mimpi Jejaka Misteri

KESEDIHAN TAK MAMPU DIUNGKAP luah (EM)



Dear EM selamat malam yea. Harap-II awak mimpi indah . Tapi sebelum tu kan awak kita nak story
yang kita hari ni rasa sedih , sakit , macam-II lah . hurm tak mampu untuk berkata lagi . Tapi takpe kita
tak nak sedih-II , sebab kita kena tabah walau dalam apa jua keadaan pun . . kan? awak tahu hari ni kan
kita macam biasa lah buat kerja rumah , tolong mama masak , masa mama keluar rumah dengan kak long
kan kita tengah goreng ikan taw . . awak tahu tak ? tetiba lagu awak keluar dekat radio , haish macam nak
nangis awak tahu tak maklum lah , kita tengah sedih 'time' tu so terlebih feeling . Awak tahu tak kita gaduh
dengan kak long kita , kita gurau jer. . Dia amik serius pulak entah lah, apa yang dia fikir , sebelum ni okay
je kalau gurau kasar-II pun kitaorang tetap baik semula tapi hari ni lain pulak jadi. . Macam nak nangis bila
dia tak layan kita awak (EM).

Dear EM awak tahu tak hari ni baru kita sedar yang kita sedih selama ni , macam kelakarkan , rupa-II nya
selama hari ni penyebab saya gagal dalam ujian dalam apa jua lah , adalah sebab kesedihan yang saya alami,
awak tahu , bila dengar suara awak , lagu awak , macam-II perasaan saya keluar , dan saat tu saya sedar ,
yang saya perlukan seseorang yang lebih memahami , tapi saya rasa tak mungkin ada orang nak dengar ,
luahan hati saya , . Awak(EM) entah kenapa hari ni terasa sakit sangat , haish nasib nasib . Bilalah saya dapat lari dari semua ni .. kan? . Selama hari saya sedar yang selama ni saya hanya mampu nangis dalam hati
tapi tak seoarang pun tahu , memang lah hati saya bukan hati diaorang. . Apa perasaan EM bila terasa sakit
pada hati EM hanya kerana masalah keluarga , .? Macam pelik tapi memang  kenyataannya macam tu , kita
tak mampu nak kata apa , kita hanya mampu doa supaya dapat keluar daripada semua masalah ni , bukan
tak suka cuma terasa amat perit bila terkena. .Dan EM perlu tahu something , kenapa kita suka sangat EM
sebab lagu EM curi hati kita , suara EM ragut perasaan kita , . . tapi kita sedar yang kita hanyalah peminat
sahaja , tak lebih dari tu . .

Dear EM malam ni terasa sunyi sangat . kan? sebab semua tidur memang lah sunyi kan .. haha pelik pelik je
kita ni kan . Buat malu jer .. Pukul 7.00pm tadi kita tengok PLAYBOY ITU SUAMIKU taw , so sweet tapi
sedih kan .. Kesian Afina Aulia , jahat betul si King of PlayBoy tu. . EM nak tahu tak , ketika kita tulis pasal
awak sekarang ni , kita dengar lagu awak Rindukanlah ulang ulang ulang ulang dan ulang lah , amik feel untuk
tulis , apa apa pun kita tetap sokong EM ,! Chayokk Encik Mimpi! awak mesti boleh berjaya tiada apa yang
boleh halang awak !!! haha , macam penyokong setia kan tapi memang pun ,(^_^). saya yakin awak mampu
. EM awak rasakan salah ke saya ni jika tak suka lelaki sangat maksud saya , saya fobia dengan lelaki, hurm
saya tak tahu lah kenapa tapi hati saya betul-II sakit bila si lelaki tak boleh faham saya , lagipun saya taksuke
lelaki yang 24JAM nak kena text dia, call dia .Tak macam bosan pulak kalau setiap hari macam tu.EM
kenapa saya rasa semua ni tak adil, saya tak bermaksud mempertikaikan, cuma tertanya tanya kenapa
semua ni terjadi pada saya , hati saya tak setabah wanita wanita lain, hurm . . .

Dear EM salah ke kalau buat Fake Smile demi nak jaga hati family ? EM mesti pelikkan, 'asallah perempuan
ni update pasal family dia kat aku' .. kita saja jer , bukan apa kita cuma nak luahkan , saya harap EM tak
salah faham yea .. Kita cuma sunyi  so kita anggap EM macam kawan kita walaupun kita tahu EM takkan tahu tentang ni kan... Kita cuma nak luahkan apa yang kita rasa , kita mana ada kawan sangat , kawan -II
kita semua pandai-II dan kita pulak bukan pandai pun, biasa jer .. rasa tak layak pulak nak kawan dengan
diaorang , tapi pada masa yang sama kita pun tak layak kawan dengan EM . Betulkan apa yang saya cakap?
Nobody perfect in this world ! semua orang lupa yang sebenarnya ada orang yang lebih susah dari dari kita
tanpa kita sedar , dan jadilah diri kamu sebenar-benarnya tanpa malu tetapi perbaiki kelemahan diri secara
perlahan-lahan . . haha kita ni pandai nasihat orang tapi kita pun tak betul tapi tak salahkan? .Nasihat -
menasihati adalah amalan mulia..betul kan?!

Dear EM okaylah dah lewat ni , lain kali kalau kita free kita update pasal awak yea sayang .. haha over
sorang-II haha . dan juga SS(Syok Sendiri).. malu pulak tetiba ...selamat malam yea My EncikMimpi.
walau apa pun jadi kita mesti kuat dan tabah ... jangan sedih kerana perkara tak penting! bye bye EM
hurm .. rindu pulak sama kau EM . macam sengal jerr den ni.. haha okaylah ASSALAMUALAIKUM.

Tuesday, 19 November 2013

Encik Mimpi

SEMUA TENTANG ENCIK MIMPI

Dear EM kita rasa seronok dan happy sangat sebab kita masih mampu bernafas dan masih mampu
tulis tentang awak kat blogger ni . Saya harap awak dapat tengok blogger saya walaupun tak hebat
macam blogger blogger yang lain cuma saya nak awak tahu semua yang saya tulis tentang awak
adalah sebab saya betul-betul minat awak . Dan saya harap awak tak marahlah yee.. Hebatkan
awak dapat belajar dekat luar negara . Saya harap saya pun dapat belajar dekat luar negara macam
awak .. Awak nak tahu tak masa saya tengah tulis blog ni saya bukak lagu awak taw yang (Ingatkah
kamu) . Saya tak rasa bosan pun dengar lagu awak malah saya ulang ulang ulang ulang dan ulang
lagu awak .Ni semua sebab saya suka suara awak .Awak nak tahu tak semua laman sosial saya semua
tentang awak taw . Awak jangan marah yee , saya bukan nak glamor tapi terlalu fanatik tentang awak,
awak misteri sangat . saya suka , saya harap suatu hari nanti dapat jumpa awak depan depan sebab,
saya nak tatap mata awak .

Dear EM walaupun awak tak kenal saya dan saya tak kenal awak tapi saya rasa cukup kenal awak
hanya melalui lagu lagu awak ,dan lirik awak. Saya paham awak takkan pandang blogger buruk ni .
kalaulah awak kawan sayakan bagus , mesti seronok, yela awakkan penyanyi misteri . haha pelikkan
saya ni macam SS(syok sendiri) .Tapi saya tak kisah sebab saya tahu dan saya sedar siapa saya ni,
saya hanya orang biasa yang takde apa-apa pun . Saya bukan pandai pun , dan takde apapun nak
dibanggakan . . haha . mesti ramai fikir saya ni macam 'bodoh je' sebab tulis dalam blogger macam ni.
Tapi saya tak kisah janji saya dapat luahkan apa yang terpendam dalam hati . EM nak tahu tak kita
ada buat twitter taw , semua post kita , hanya tentang EM . kita rasa sunyi , kita bukan ramai kawan
lagipun kita tak pernah rasa yakin dengan diri kita sendiri. Kita selalu rasa kita ni bodoh , tak pandai
dan tak layak kawan dengan budak sains lagi. kita dapat nombor last dalam kelas , kita kecewa
sangat tapi bila dengar lagu EM kita terus okay walaupun tak sepenuhnya.

Dear EM kita macam langit dan bumikan .Hidup kita sunyi sebenarnya dan sakit . Kita harap kita akn
bahagia suatu hari nanti, tapi mungkinkah itu akan berlaku.? kita selalu jugak bukak blogger EM taw
. hehe The Tidur's Blog . Awesome betul nama blogger . haha .. awak tahu tak bila kita bosankan ni
lah kerja kita . update pasal awak . Dan saya tak pernah menyesal dengan apa yang saya buat , jujur
saya cakap , saya suka latar belakang awak , boleh di buat contoh, how sweet... haha okaylah awak
kalau saya ada masa saya update lagi tentang awak , yang saya suka . saya harap awak sihat , dan tak
lupa diri yee. haha cara tulis blog macam dah lama kenal padahal peminat je. tapi tak salahkan , dan
selamat malam ye EncikMimpi The Tidur's Blog . haha . assalamualaikum .

Friday, 15 November 2013

Encik Mimpi...

Dear encik mimpi...Hurm hanya mampu bermimpi untuk berjumpa dengan Encik Mimpi..
Minat sangat dengan Encik Mimpi walaupun belum pernah bersua muka . As a fan, of
course lah nak jumpa dengan Encik Mimpi tapi nak buat macam mana 'hanya mampu
dengar lagu EM jelah' . Sedih betul hidup macam ni, Btw setiap kali cerita 'PLAYBOY
ITU SUAMIKU' aku orang pertama terpacak depan tv dan takkan berganjak walau
sedepa pun .. Haha. macam lawak tapi sebenarnya tak lawak okay . kenyataan . haha
pelik tapi benar . sanggup tunggu walaupun tengah iklan . . 

Bila difikirkan balik macam minat gila dengan cerita tu tapi sebenarnya minat lagu EM
je . haha . lagu tu mampu buat airmata aku mengalir walaupun setitis . Hebat betulkan
penangan lagu RINDUKANLAH by Encik Mimpi tu.. Tak semua orang dapat rasa
lagu tu dengan baik . Dan takde yang mustahil ,ramai yang cakap lagu ni tak sedaplah,
peliklah, macam-macam lah... Pernah juga niat dihati tu kalau dapat jumpa Encik Mimpi
nak minta no telefon . haha tapi semua tu hanya mimpi jela.. Walaupun EM tu masih
lagi student tapi yang hebatnya tentang dia ialah dia masih ada masa untuk menyanyi
dan upload di youtube untuk peminat dia. Awesome okay! tak semua orang mampu
lakukan kalau tak kuat iman dan takwa. 

Bagaikan sebuah mimpi , dan aku tak pernah sangka yang aku akan jadi segila ini sebab
penangan lagu EM tu .perhh .. aku sampai sekarang tak pernah bosan dengan lagu EM
Walaupun setiap minit, saat, jam dan setiap masa aku tak pernah bosan dengan suara dia,
kalau aku mampu meluahkan rasa dihati, nak sangat bersua muka dengan dia walaupun 
seminit . Tapikan agak-II kawan-kawan EM tu tahu ke dia tu EM . yelah diakan pakai
topeng . macam atomen. hehe . jangan marah.tapi betu apa agak-II kawan dia tahu ke
tak ek? masih menjadi persoalan . untung siapa yang berkawan dengan EM tu .Memang
misteri lah dia tu, tapi sebab dia ni misterilah aku makin suka, aummm! . haha gatal sekejap.

EM tu orang nya macam mana agaknya ye. Hurm . tadi ada search nama Encik Mimpi
dan terjumpa blogger dia.. Yang menariknya bahasa yang digunakan 'Wa' itu panggilan
bagi diri dia . Macam gangster lah pulak EM ni . Agak-II umur EM berapa ye..?mesti
dalam likungan 20 an ..Kata student takkan 30 an kot. Agak-agak lah ... Btw EM ni
banyak kelebihan macam melukis kartun . tengok video lagu EM rindukanlah tu , ada
gambar kartun . hebat jugak Si EM ni melukis . tak sangka walaupun minat bermain
gitar dan suka menyanyi dia masih minat melukis .. Wow .. comel pulak tu gambar kartun
yang di lukis. haha.. lebih sejuta orang yang minat EM . jeles pulak kita . kita pun minatlah
EM tapi kita takde lah macam oran lain semua tentang EM follow. Jeles okay . nak buat
macam mana kita bukan selalu online. tapi kita tetap minat EM . harap-II dapat jumpa EM.